Maksud Nama-Nama Nabi

Musa a.s.

Nama ini berasal daripada bahasa Mesir kuno, asal katanya ‘Mu’ yang bererti air dan ‘sa’ ertinya putera. Musa bermakna “Putera Air” kerana Nabi Musa ditemui di Sungai Nil oleh isteri Firaun, Asiyah ketika baginda masih bayi.

Hud a.s.

Berasal daripada bangsa Arab keturunan kaum ‘Ad.  Nama diambil daripada kata jama’  ‘Ha’id’ yang bererti orang yang bertaubat atau “yang kembali kepada kebenaran”.

Soleh a.s.

Nabi berbangsa Arab daripada kaum Tsamud.  Soleh ertinya orang yang sentiasa beribadah dan sentiasa mendirikan hak-hak Allah.

Syu’aib a.s.

Nabi berbangsa Arab daripada kaum Madyan, yang menikahkan puterinya dengan Nabi Musa a.s. Nama itu diambil daripada kata ‘sya’b’ yang bererti kelompok atau generasi manusia, kerana baginda mengumpulkan kembali kaumnya setelah terpisah.

Isma’il a.s.

Merupakan putera kepada Nabi Ibrahim a.s.  Nama Ismail merupakan bentuk Murakkab (majmuk) daripada ‘isma’ (mendengar) dan ‘eil’ (Allah) yang ertinya “Allah mengabulkan”.

Ibrahim a.s.

Abul Anbiya (bapa para nabi) dan bapa kepada Isma’il dan Ishaq, yang ertinya “bapa kepada orang-orang tertinggi (nabi-nabi)”.

Muhammad s.a.w.

Nabi kita dan merupakan Nabi yang terakhir.  Maksud namanya membawa ertinya “orang yang memiliki akhlak yang terpuji”.

ilham nama untuk:

nama nama nabi, nama nabi dan maksudnya, erti nabi, Himpunan nama nabi dan maksud, maksud nama nama nabi, nama nama nabi dan maksudnya, nama nama nabi muhammad dan maksudnya

Comments

  1. says

    salam ustaz.. sy pernah ternampak nama karz dla senarai salah seorg sahabat nabi.. boleh kah sy menamakan bayi yg bakal lahir dgn nama muhammad karz affan.apakah maksud nama tersebut. dan jika bayi sy perempuan sy ingin menamakan dengna nama salah sebuah istana yg cantik di bumi arab.iaitu sama ada nur qasr amra atau nur qasr harrana.boleh kan ustaz beritahu maksud ketiga2 nama tersebut. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *